Ramadhan...kehadiranmu adalah rahmat Allah
Terasa debar di hati sukar ditahan
Ramadhan kali ini...
Aku mengharapkan sesuatu yang lebih bermakna
Siapa aku Ramadhan yang lalu?
Seorang insan jahil yang tidak menikmati indah mu
Ramadhan
Datang dan pergi mu tanpa meninggalkan kesan pada hati
Ramadhan kali ini...
Ku mohon pada mu Allah bersihkan jiwa ku
Agar aku berpeluang menelusuri Ramadhan dengan penuh
rahmat Ilahi
Ku panjatkan doa agar Kau ampunkan segala dosa-dosaku
Aku yakin kerana pintu langit-Mu sentiasa terbuka luas...
Pintu Rahmat-Mu sentiasa menaugi setiap
hamba-Nya yang taat






0 comments:
Post a Comment